Tuesday, March 16

Hai abang burger!

Cuti baru ni memang best gila. Pagi bangun suka hati, tido pun mau suka hati je,rekod paling lambat tido pukul 7 pagi, tengok movie punya pasal. Malam adalah waktu bermaharajalela dan paling aktif. Tengok movie, masak, makan, main Wii, praktis menari. Konon before cuti plan nak setel assignment bagai, nak study exam awal-awal. Tapi semua tinggal konon-konon je. Well, you know.

Biasalah, hangat-hangat tahi ayam. Cuti belum datang, plan macam-macam.

Time cuti,waktu tido memang terbaik punya. Tak sabar nak tunggu summer, cuti lagi, yeay! Khamis ni exam genetics satu. Lepas tu 3 minggu takde exam,kot. Heaven gila.

Oklah, takde motif pun sebenarnya. Saja je nk tulis kegiatan harian cuti spring. Hai, malam malam macam ni mula lah rasa nak makan macam macam, terutama burger Ramly tepi jalan. Minta minta malam ni mimpi burger Ramly datang terbang. Terbaik ah. Yummy I tell youu!


Burger satu banggggggggggggg!
(dalam mimpi)