Saturday, December 12

Aku Perempuan Tipikal

Sesuatu yang terjadi hari ini, Disember sebelas.

Tentang ini, hanya 4 makhluk di muka Bumi yang tahu isinya. Aku, kamu, dia dan mereka. Saya mahu panggil ini rahsia. Tapi mungkin definisi rahsia tidak sesuai memandangkan ada makhluk lain selain saya yang mengerti tentang apa yang berlaku, sedar atau tidak.

Jadi disini, mari saya kongsikan sesuatu.

Jangan pernah "underestimate"kan a call, kerana mungkin ia merubah kehidupan kamu yang selama ini mungkin kamu rasa indah.

Hargai setiap saat apa yang kamu ada sekarang. Mata, kaki, ibu, ayah dan sahabat. Penglihatan. Kerana when you are blind, mana mungkin mampu kamu lihat wajah indah kamu ciptaan Tuhan teragung?

Perasaan. Bila perasaan itu hilang, you might become selfish and horrifyingly over cranky. Dan bila perasaan itu ghaib, mana mungkin mampu kamu hayati rasa terpana jatuh cinta pandang pertama?

Jujurnya, saya hilang sesuatu hari ini.

Bukan benda sekecil pensel, bukan sebesar satu nyawa. Tapi kehilangan itu saya rasai. Dan bila bergender perempuan, mana mungkin tidak gugur satu titisan jernih anak mata.

Kenyataannya, saya perempuan tipikal yang rasakan tangisan itu umpama penyelesaian segala.

Dia kata Selasa jawapan terakhir. Saya tunggu dan tunggu.
Esok Sabtu, lusa Ahad, Isnin dan datang Selasa. 4 hari umpama 4ribu tahun lamanya.

Tapi untuk itu, saya sanggup. Saya perlu satu peluang.


Doakanlah,saya perlu doa kalian.