Friday, December 4

Cita-cita : Bomba.

Monotone. Hari ini. Pandang sekilas ke belakang, lihat semalam ternampak saya yang hilang arah pandang pada satu objek empat segi you called laptop. Lama juga saya pandang, hampir hingga jam 3 pagi. Gara-gara satu homework. Bukan satu tapinya, banyak tapi dua diperlukan esok iaitu hari ini. Hampir gugur semua rambut, ha-ha.

Hari ini. 8 pagi di kelas, I was in my own little dreams. Di tempat kerja, saya terapung apung dalam awan awan putih gebu berlatar belakang pelangi. Di lab microbiology, sleepy gila nasib baik Chelsie my lab partner sangat awesome.

Petang di rumah, saya hidup dalam fantasi umpama rumah dikelilingi bunga bunga daisy dan umpama tidur saya adalah di atas pink, fluffy cotton candy.

Sangat Alice in the Wonderland. Sangat Disney. Sangat macam pari-pari.

Sekarang, dengar Pretty Ugly- Francis Ford Coppola. Kepala pusing pusing. Ada Incredible Hulk gantung gantung pada mata. Tulang temulang berat seberat lori. Lama lama pretty ugly hilang, francis ford coppola lenyap. Incredible Hulk dah tak bergantungan.

Masa untuk tidur. Oh yeah.
Jumaat sangat Ow-sem!