Thursday, August 6

Dan malam ini saya mengerti.

Saya rasa design baru header saya macam banner promosi make up dari Avon.Atau pun macam blog orang jual kosmetik Sendayu Tinggi atau lebih class, M.A.C.

Sila jangan terkonfius.Ini bukan blog jual barang solek.

Dan hari ini, saya mula mengerti lelaki datang dari Mars dan perempuan;Venus.

Langit dan bumi berbeza. Kadang-kala terfikir jika wujud pintu tukar jantina ciptaan Doraemon. Boleh sekali sekala bertukar menjadi lelaki kacak gantang menerokai what's in their mind. And what if masa jadi lelaki itu, pink is all of a sudden become my favorite color.Tak salah,kan?

Distance makes the heart grow fonder. Betul ke kita sering kali lebih menghargai orang yang jauh dari kita? Atau orang yang dah tiada. Mungkin bila tiada depan mata,jasad dah tak terangkul, dan cuma matahari yang kita berikan amanat untuk memerhati, ketika itu baru kenal erti rindu dan menghargai?

Lagi 2 minggu di sini.

Saya harap saya mampu memberikan yang terbaik untuk orang-orang di sekeliling. Takut nanti bila mana jasad dah tak mampu berdiri seinci jauh dari each other, rindu itu datang menggila. Kesal tidak buat itu,ini.

Dan ketahuilah, saya juga mengharapkan benda yang seumpama dari kamu,kamu dan kamu.


ps: please mind my bahasa rojak in this entry