Tuesday, July 7

Malam ini malam magik

Kalau mampu kau naked kan otak ini, baru kau tahu betapa hebat seliratnya di dalam. Wayar berselirat bagai.Ye,aku dalamnya complicated.

Seminit berfikir tentang kau dan lain-lain. Berfikir tentang bila mana kau datang ketika cinta kau di tolak, lalu aku dijadikan kayu penguat. Bila mana kau di ganggu lelaki gila lalu aku dijadikan benteng dan tembok. Bila mana air mata kau gugur lalu hanya aku tetap di situ.

Seminit berfikir tentang orang orang sekeliling. Dan kau datang lagi,tentang kita kenapa situasinya begini. Tentang kita kenapa sunyi tanpa medium interaksi.

Seminit berfikir tentang apa plan esok hari. Menu apa untuk tengahari esok,makan apa dan keluar ke mana. Berfikir lagi tentang bagaimana mahu guna cheat engine untuk Restaurant City.

Ruang udara pemikiran.Kau muncul lagi. Aku dilihat evil. Evilnya aku dengan jajahan takluk perasaan yang kaku.Berfikir kenapa begini dan tidak begitu?


Sumpah kalau otak tahu kenal erti penat, sudah lama otak aku blackout.