Sunday, May 3

Let the battle begins

Minggu final,
kelihatan berduyun duyun ke perpustakaan untuk belajar.Keluar rumah pagi tanpa matahari,pulang malam berteman bulan.Penuh di serata tempat. Reserve reading room,tingkat 4,Pattee mahupun Paterno.Juga di Cafe MacKinnons.

Tidak kurang juga yang belajar berkumpulan di HUB, mahupun yang berguling guling di atas katil sambil mendengar lagu di You Tube, bersandar di sofa rumah sambil membaca nota, atau pun bekerja keras di meja belajar di dalam bilik.

One mission. One goal. One target.

FINAL EXAM-wabak seminggu paling durjana di alam semesta.(ternyata lebih hebat dari Swine Flu)

Selamat Berjaya To All Penn Staters.
Juga untuk rakan rakan di uni lain yang akan menempuh final bermula esok.

Wishing y'all the best of luck in this whole universe.