Monday, April 20

If you feel like slapping me,go ahead.

"Aku nak beli DSLR la nanti. Camera kecil macam kau ape kelas" : Perlu ke? Buat ape kau nak beli DSLR kalau kau tak pandai guna? Buat hiasan kt leher jadi rantai dan untuk buat berlagak konon kau macam jurugambar hebat?

"Aku nak pergi round satu dunia dengan husband aku nanti" : Pergila mana mana kau nak pergi pun. Tak perlu kot nak bagi tau kat semua orang.

"Tahu tak aku dah turun berat 10kg. Dah slim lah aku sekarang ni.Boleh la nak pakai skinny jeans yang ketat2 tu" : So what kalau kau kurus? And so what kalau kau nak pakai skinny jeans?

"Pakwe aku kan,romantik gila lah. Hari hari letak bunga ros merah depan pintu rumah aku" : Perlu ke cakap kat orang? dan aku tumpang gembira sebab pakwe kau dah macam tak de keje berfaedah lain yang boleh dibuat.

"Ish,mamat A ni suka la mesej aku. Syok kat aku lah tu. Mamat B ni asyik ajak aku keluar je. Hot betul aku ni" : Perlu ke kau nak cakap kt satu dunia yang kau ni lah paling-konon-hot di alam semesta? dan tolongla jangan murah sangat.boleh?

I don't know why but I hate those girl talk, where everyone is busy bragging about their lives, their bfs,their money,their hotness.It's simply annoying.

Perempuan memang suka bercerita ke? Atau lelaki juga begitu?

Kadang kadang,mungkin diam lebih baik. Tak perlu nak cakap ini,cakap itu padahal habuk pun takde.

and if you happened to come across those statements,
A "Oh,yeke" reply is very good.

Chill. I think I need a therapy.