Monday, March 16

Rapuan Merapu dan Ikan Kerapu

gambar hiasan: Pemandangan waktu malam di Philadelphia sewaktu cuti musim bunga yang lepas.Gambar ini juga sempena tag oleh Cik Egy baru baru ini.

Secara rasminya,cuti musim bunga dah habis dan sekolah di buka seperti biasa. Hari hari menjadi zombie bergerak kerana tak cukup tido dah bermula secara rasminya pagi tadi.

Kezombiean pagi tadi terserlah kerana terpaksa bangun seawal jam 8.

Rasa macam tak puas lagi cuti dan bangun bila matahari dah ada atas dahi.
Rasa macam tak puas lagi jalan jalan makan best waktu cuti musim bunga.

Bak kata Meet Uncle Hussien, sekarang ni hari hari kerja.Kerja hari hari.
Kerja baca buku,jawab periksa,pergi kelas dan dapat markah exam.Entah apa apa lah

Abaikan, Ini merapu je semua gara gara bosan buat webassign Fizik dan homework Biostatistic yang entah apa apa.

Wah,penggunaan Bahasa Melayu yang hebat. Sudah hampir 4 tahun tidak menulis karangan dalam bahasa ibunda tercinta.Rindu barangkali.