Friday, March 20

Penuh gaya

Warning: Jangan baca sekiranya anda punya banyak assignment untuk dibuat, atau ada exam esok hari,atau anda kerja jam 8 esok pagi.Ini hanya la rapuan semata mata.

Dalam hidup ni,ada macam macam jenis orang dan macam macam style menguruskan kehidupan.

Kadang kadang, kita tengok ada orang tu, dia macam lepak je. Tapi itu tak semestinya dia tak sibuk. Mungkin dia sembunyikan kesibukan dia, atau dia buat buat cool sebab tak nak terlalu fikir tentang kerja. Padahal dalam otak, punyala berselirat nak fikir nak buat yang mana satu.

Ada juga orang yang bising. Kalau ada kerja sikit, dah mula merungut macam macam. Padahal kerja itu simple dan mudah je. Tapi nak juga tunjuk kat orang lain macam lah dia sorang ada kerja nak buat atau kerja dia la paling susah dalam dunia (even kerja itu hanya semudah makan biskut Oreo)

Ada juga manusia yang cool gila. Ada kerja banyak tapi cool. Sebab apa? Sebab dia memang langsung biarkan kerja dia tanpa buat apa apa. Abaikan tugas lalu keluar clubbing dan berseronok.Yang pasti, hidup enjoy.

Dalam hidup ini, kita yang tentukan kita nak jenis macam mana.
a) Seperti itik yang di dasarnya tenang tapi bila di lihat dalam air, punya la laju kena kayuh untuk stay atas permukaan air

atau

b) Seperti mesin pengisar atau blender yang hanya perlu menghancurkan cili tapi bunyi kuat mcm siren ambulance atau siren polis; sehingga mengejutkan teman serumah dari tidur.

atau

c) Seperti ular sawa yang kenyang sebab makan kambing biri biri 2 ekor lalu tidur selama setahun tanpa membuat apa apa kerja

Damn,banyak kerja tapi merapu
Argh!
Kamu dalam kategori mana?